May 17, 2005

Selamat Hari Belia..

SHAH ALAM: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu belia menguasai tiga cabang ilmu, iaitu kemahiran teknikal, keusahawanan dan kepemimpinan bagi memastikan negara mempunyai pelapis berwibawa untuk memacu kemajuan bangsa pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, kemahiran teknikal akan memberi peluang kepada belia untuk bekerja bukan saja dengan majikan tetapi juga sendiri, manakala pengetahuan keusahawan dapat membuka peluang berniaga dan seterusnya menjadi usahawan berjaya.

“Dengan adanya pengetahuan atau kemahiran ini, mereka tidak akan menjadi penganggur di negara sendiri. Saya amat menghormati anak muda yang bekerja walaupun hanya sebagai penjual cendol dan kuih... asalkan mereka menggunakan masa dan tenaga dengan baik, bukan merambu tak tentu arah, lepak di tepi jalan dan terbabit dengan dadah. Ini tidak elok dan memudaratkan diri (apatah lagi) jika jadi penagih dadah," katanya berucap melancarkan Perhimpunan Hari Belia Negara 2005, bertemakan Kemahiran Teras Kecemerlangan

Beliau berkata, belia mesti mempunyai kemahiran kepemimpinan dengan melaksanakan program, memberi buah fikiran dan galakan serta nilai baik seperti amanah, penyayang serta rajin.

“Mesti ada kemahiran kepemimpinan di kalangan belia kerana pembangunan proses berterusan. Belia akan meneruskan usaha barisan kepimpinan dewasa apabila mereka berundur. Inilah proses ‘patah tumbuh, bilang berganti,” katanya.

Perdana Menteri berkata, usaha memperkasakan diri juga penting kepada belia supaya mereka dapat menilai antara baik dan buruk serta tidak terdorong membuat sesuatu yang merugikan diri.
“Hargailah nyawa dan kehidupan kerana hidup dan masa remaja hanya sekali. Gunakanlah masa dan tenaga untuk sesuatu yang baik untuk diri dan negara kerana masa muda harus digunakan untuk memenuhkan ilmu di dada,” katanya.


repost dari Bharian

No comments: